Tentang saya
Bimbingan tutor, kepakaran kami
Latar belakang bagaimana tubuhnya cikgutuition.com. Saya ialah pengasas cikgutuition.com. Saya telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Kimia sehingga peringkat ijazah di Universiti Teknologi Mara UiTM.
Selepas tamat pengajian Diploma Kejuruteraan Kimia, bagi mengisi masa, saya telah memohon sebagai guru sandaran tidak terlatih. Saya telah menyediakan dokumen sokongan dan menghantar ke jabatan pendidikan. Sekolah Rendah Kebangsaan Brickfields merupakan tempat bermulanya saya mendapatkan pengalaman. Itulah buat pertama kalinya saya telah menceburi diri dalam bidang pendidikan.
Setelah tamat belajar peringkat ijazah, saya juga telah memohon pekerjaan dalam bidang pendidikan. Pada waktu ketika ini, saya tidak mengharap pada pekerjaan ini, hal ini kerana, saya lebih banyak memohon pekerjaan dalam bidang kejuruteraan kimia. Walaubagaimanapun, rezeki saya dalam pendidikan lebih terluas, mungkin asbab saya juga mempunyai pengalaman semasa mengajar di sekolah rendah.
Saya mempunyai pengalaman mengajar di Kolej UEM (KYUEM) dan Univesiti Kuala Lumpur (UNiKL) selama 3+ tahun sebagai Lecturer Chemistry. KYUEM ialah peringkat A level, manakala UniKL ialah peringkat asasi. Tidak terlintas pada diri untuk menjadi seorang guru atau tenaga pengajar di industri pendidikan. Alhamdulillah dalam perjalanan sebagai guru saya telah mendapat lebih banyak pengalaman, teknik mengajar untuk kelas yang lebih dari 20 orang, teknik menjawab soalan bagi peringkat A-level dan banyak lagi.
Walaubagaimanapun, saya menghadapi sedikit cabaran. Cabaran yang saya hadapi semasa mengajar di sebuah kolej, saya mendapati beberapa pelajar masih kurang faham di dalam kelas. Hal ini mungkin disebabkan terdapat 20 – 30 pelajar dalam 1 kelas dan saya tidak dapat fokus 1 to 1 pada semua orang. Di sinilah terdetiknya Cikgu Natrah untuk membuka 1 pusat tuition yang bernama CIKGUTUITION.COM agar dapat mengajar 1 to 1 supaya pelajar-pelajar mudah faham dalam semua pelajaran. Dalam CIKGUTUITION.COM ini saya menggunakan kemahiran,pengalaman & kepakaran saya untuk mengajar pelajar dengan lebih baik.
Tarikh 18 Mac 2020, Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia telah diperkenalkan setelah COVID -19 menyerang diseluruh dunia. Pembelajaran di sekolah terpaksa ditangguhkan. Hal ini menyebabkan pembelajaran secara online telah diperkenalkan, maka kelas tuition online juga telah diperkenalkan. Kini saya adalah sepenuh masa tutor dalam mengajar Home dan Online Tuition bagi peringkat sekolah menengah iaitu PT3, SPM, Checkpoint & IGCSE serta saya mempunyai lebih dari 100 orang pelajar.
VISI
- Menyediakan tutor yang berkualiti tinggi agar pembelajaran lebih menyuluruh dan berfokus untuk setiap individu
- Menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar agar selari dengan kandungan silibus terkini bagi mencapai matlamat pendidikan peribadi pada setiap murid
MISI
- Menyediakan ruang di mana dialog pembelajaran boleh berlangsung serta menambahkan pemahaman pelajar agar boleh kaitkan dengan kehidupan
- Meningkatkan kemahiran dan membina jati diri pelajar
- Membina asas kejayaan dengan membantu mereka menjadi pelajar berdikari
- Menyediakan persekitaran pembelajaran yang positif