TAHUKAH ANDA?
Tahukah anda madu adalah sejenis makanan yang tidak pernah rosak! Hal ini kerana ahli arkeologi telah menemui periuk madu di makam Mesir kuno yang berusia lebih daripada 3000 tahun dan masih boleh dimakan dengan sempurna. Komposisi semula jadi madu dengan kandungan air yang rendah dan keasidan yang tinggi, mewujudkan persekitaran di mana bakteria dan mikroorganisma tidak dapat hidup. Ini menjadiakan salah satu makanan yanag boleh bertahan selama-lamanya tanpa rosak. Emm menarik bukan? cikgu tuition
Tahukah anda pisang adalah kategori sebagai beri manakala strawberi adalah bukan! Mesti kita terkejut bukan? Kebanyakkan daripada kita menganggap buah beri adalah buah yang kecil, mempunyai rasa yang manis & masam seperti blackberi, strawberi, raspberi. Dari segi botani, pisang layak sebagai beri kerana mempunyai biji di bahagian dalam manakala strawberi tidak dianggap sebagai beri kerana mempunyai bijinya dibahagian luar.
Tahukah anda Menara Eiffel boleh menjadi 15 cm lebih tinggi semasa musim panas! Hal ini kerana semasa musim ini, besi akan menjadi panas dan mengembang. Struktur besi Menara Eiffel boleh mengembang pada musim panas dan mengecut pada musim sejuk. Ini bermakna ketinggian Menara Eiffel boleh berbeza-beza inci bergantung pada suhu. Walaupun terdapat variasi ketinggian, Menara Eiffel kekal sebagai keajaiban kejuruteraan dan symbol Perancis serta menarik berjuta-juta pelawat dari seluruh dunia. cikgu tuition
Tahukah anda deria rasa manusia mempunyai jangka hayat yang sangat terhad? Emm bagaimana kita boleh merasa makanan pada setiap hari? Deria rasa bertanggungjawab untuk mengesan perisa, ia mempunyai jangka hayat kira-kira 10 – 14 hari. Selepas masa ini, mereka akan terus menjana semula bagi memastikan deria rasa kita kekal berfungsi. Secara purata orang dewasa mempunyai antara 2000 dan 8000 tunas rasa. Bilangan ini boleh berbeza – beza bagi setiap inidividu dan akan berkurangan mengikut usia.
Tahukah anda lembu dikatakan mempunyai kawan baik. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa lembu boleh membentuk persahabatan rapat dengan lembu lain dan boleh menjadi tertekan apabila dipisahkan daripada “kawan baik” mereka. Pengenalan kawan baik ini mengingatkan kita tentang kehidupan haiwan yang kaya dan sering diabaikan. cikgu tuit
Menarik bukan. Jangan lupa share article ini supaya lebih ramai yang dapat manfaat. 😀