FOMO

      No Comments on FOMO

Setiap Selasa radio Zayan ada SEMBANG DEEP bersama Fynn Jamal termasuk host Mawi, FBI dan Anas. Tajuk yang mereka bincangkan pada hari ini ialah FOMO. Mula-mula  dengar eh apa itu FOMO? Menarik, tak pernah pula dengar. Emm apa lagi, terus pasang telinga.

FOMO ni adalah singkatan dari maksud “FEAR OF MISSING OUT”. Terus check diri aku adakah aku mempunyai ciri-ciri ini? Hihi biarlah diri ini sahaja yang mengetahuinya. Seperti ayat “Biarlah Rahsia”

Jom aku kongsikan sedikit mengenai FOMO ni. FOMO ialah perasaan bimbang atau tidak selamat yang anda mungkin terlepas dari sesuatu yang menarik atau perkara yang menarik yang dialami oleh orang lain. Istilah ini sering digunakan dalam konteks acara social, aktiviti, isu semasa atau trend. Mereka akan mengalami FOMO apabila mereka melihat orang lain mengambil bahagian dalam sesuatu dan merasakan mereka juga perlu menjadi sebahagian daripadanya

FOMO ni boleh datang dalam pelbagai bentuk. Jom baca! cikgu tuition

  1. Acara Sosial : Anda mungkin melihat kawan anda posting gambar parti yang anda tidak dijemput, jadi anda merasakan diri ini telah tersisih dan sedih
  2. Menggembara : Melihat foto percutian atau siaran pengembaraan orang lain membuatkan anda berasa seperti anda kehilangan pengalaman yang menarik juga
  3. Pencapaian Profesional : Menyaksikan kenaikan pangkat atau kejayaan kerjaya rakan sekerja anda, boleh mencetuskan perasaan tidak mencukupi dan bercita-cita untuk bersaing
  4. Trends & Hype : Ketakutan terlepas peluang boleh mendorong orang ramai untuk mengamalkan trend, sama ada platform media sosial baharu, trend fesyen, diet tertentu atau trend mengulas isu semasa, hanya kerana orang lain melakukannya

FOMO ni boleh membawa kepada tekanan, perasaan bimbang dan juga tingkah laku yang tidak sihat apabila individu tersebut cuba meniru individu lain apa yang mereka anggap sebagai perkara biasa (normal). Sangat penting untuk mengurus FOMO ini dengan mengfokuskan pada nilai, kesejahteraan diri sendiri dan bukannya sentiasa membandingkan diri dengan orang lain.

Sambung baca lagi, 5 cara bagaimana untuk mengurus FOMO

  1. Muhasabah Diri Sendiri : Luangkan masa untuk fikirkan perkara yang benar-benar penting kepada diri Fahami keutamaan diri sendiri boleh membantu untuk menahan diri daripada tarikan FOMO cikgu tuition
  2. Hadkan Penggunaan Media Sosial : Kurangkan penggunaan masa anda di platform media sosial atau pilih suapan yang mengikut minat dan nilai anda. Sebagai contoh anda minat pada aktiviti hiking, cycling, travel. Cari group seperti ini untuk anda ikuti. Jangan ikuti akaun yang mencetuskan FOMO anda
  3. Tetapkan Sempadan : Tetapkan sempadan yang jelas untuk bila dan berapa kerap anda menggunakan media sosial. Jangan biarkan dia menggangu kehidupan sebenar
  4. Amalkan JOMO (Joy of Missing Out) : Terima bahawa jika terlepas beberapa perkara boleh membawa kepada lebih banyak kegembiraan dalam hidup. Fokus pada aktivti dan orang yang bena-benar membawa kebahagiaan kepada anda. cikgu tuition
  5. Dapatkan Bantuan Profesional : Jika FOMO memberi kesan ketara kepada kesihatan mental atau kehidupan seharian anda, pertimbangkan untuk bercakap denga ahli terapi atau kaunselor yang boleh menyediakan strategi untuk mengatasi perasaan ini

Mengalami FOMO sekali sekala adalah perkara biasa, tetapi dengan mengurus dengan betul boleh membantu menjalani kehidupan yang lebih seimbang. Apa pendapat anda selepas baca?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *