Setiap manusia diberi 24 jam, dalam masa ini kita perlu bijak cara menguruskan. Tetapi bukan lah topik ini kita nak bincangkan. Tidur. Ye ini lah topik yang nak kongsikan. Tidur adalah bahagian penting dalam harian kita dan memainkan peranan penting untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan. cikgu tuition
Pernah tak tengok movie DEEP? Yang mana movie ini menceritakan 4 orang pelajar yang mengambil task untuk tidak tidur. Setiap task ada peringkat-peringkatnya, jika berjaya task tersebut mereka akan dapat rewards (duit). Kalau tak berjaya pula, boleh mengakibatkan kematian. Sampai satu tahap diorang ni dah berhari-hari tidak tidur yang telah menganggu sistem otak mereka, terjadilah halusinasi, kemarahan, kesedihan dan macam-macam lagi. Nak tahu lebih lanjut boleh lah tonton movie ni. Heee
Ok back to our topic, tidur; cuba perhatikan berapa lamakah kita tidur? Menurut kajian, tidur bagi setiap peringkat adalah tidak sama. cikgu tuition
Kajian daripada Sleep Health Journal menetapkan waktu tidur mengikut umur seperti berikut:
Bayi baru lahir (0-3 bulan): 14-17 jam setiap hari
Bayi (4-11 bulan): 12-15 jam setiap hari
Kanak-kanak ( 1-2 tahun): 11-14 jam setiap hari
Kanak-kanak prasekolah (3-5 tahun): 10-13 jam setiap hari
Kanak-kanak sekolah (6-13 tahun): 9-11 jam setiap hari
Remaja (14-17 tahun) : 8-10 jam setiap hari
Para remaja (18-25 tahun): 7-9 jam setiap hari
Dewasa (25-64 tahun): 7-9 jam setiap hari
Warga tua (65 +): 7-8 jam setiap hari
Kesan Kurang Tidur : Kekurangan tidur yang kronik boleh membawa pelbagai masalah kesihatan seperti risiko obesiti, penyakit jantung, diabetes, gangguan emosi dan system imun yang lemah
Gangguan Tidur : Gangguan tidur seperti insomnia, apnea tidur, sindrom kaki resah dan narkolepsi boleh memberi kesan kepada kualiti tidur. Jadi dapatkan nasihat perubatan yang boleh membantu keadaan ini
Oh ye pernah dengar Tidur Siang? : Kita digalakkan untuk tidur sebentar sekitar 20-30 minit. Sebab apa? This is very powerful nap during lunch hour. Yang mana tidur sebentar boleh berikan tenaga yang cepat dan meningkatkan produktiviti kerja kita cikgu tuition
Apa pendapat anda mengenai tidur ini? Boleh tinggalkan pendapat 😀