5 KELEBIHAN KELAS ONLINE

      No Comments on 5 KELEBIHAN KELAS ONLINE

5 KELEBIHAN KELAS ONLINE

Sejak COVID 19 melanda di seluruh negara, kaedah online telah digunakan bagi memudahkan komunikasi baik di pejabat mahupun di peringkat sekolah.  Tidak dinafikan pada peringkat awal, kaedah online ini mendapat skeptikal yang agak negatif bagi ibubapa. Hal ini kerana, kita tidak dibiasakan pembelajaran kaedah online. Kita sudah dibiasakan, pelajar perlu hadir ke sekolah bersama-sama rakan serta guru. Saya kongsikan 5 kelebihan kelas online 🙂

Saya kongsikan 5 Kelebihan Kelas Online

  1. Fleksibiliti : Pembelajaran secara online memudahkan pelajar untuk belajar mengikut tahap sendiri dan jadual sendiri. Bukan itu sahaja, pelajar boleh mengakses bahan kursus dan kuliah pada bila-bila masa, sekali gus menjadikan lebih mudah untuk seimbang pembelajaran dengan komitmen lain
  2. Kos efektif : Pembelajaran dalam talian dapat mengurangkan perbelanjaan. Sebagai contoh, kos pengankutan, penginapan, bahan kursus fizikal dan macam-macam lagi. Banyak juga sumber dalam talian adalah percuma
  3. Mengurangkan kesan alam sekitar : Mesti ada yang tertanya-tanya eh boleh mengurangkan kesan alam sekitar juga ? Ya – hal ini kerana pengurangan jejak karbon dapat menghilangkan keperluan perjalanan dan bahan-bahan kursus
  4. Perspektif global : Pembelajaran secara online, menyediakan akses kepada pendidikan dari institusi di seluruh dunia, membolehkan kerjasama antarabnagsa dan peluang untuk belajar daripada pelbagai perspektif
  5. Lebih interaktif : Pembelajaran secara online menggunakan pelbagai alatan dan kaedah seperti kuliah video, kuiz interaktif, forum perbincangan dan kerjasama antara rakan-rakan. Pendekatan ini memenuhi gaya pembelajaran yang berbeza.

Menarik bukan? ini adalah 5 kelebihan kelas online. Jika anda mempunyai pendapat lain boleh tinggalkan di ruang komen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *