Antara tips belajar yang efektif untuk score A! Selamat beramal. 9 tips belajar yang boleh diambil! Jom baca dari cikgu tuition
- Set Clear Goals : Kenapa perlu ada clear goals? Supaya kita tahu apa yang kita nak capai dan mudah untuk menguasai topik tersebut. Goals yang tak jelas, membuatkan kita akan terkapai-kapai dan mudah tidak bersemangat untuk belajar
- Bina jadual belajar : Ye – ini adalah satu cara untuk mendisiplikan diri kita. Jadual belajar dapat membantu kita mengikut jadual yang telah ditetapkan. Mungkin kita rasa, alah bukannya boleh follow semua, ye mungkin anda betul tapi percayalah sedikit sebanyak bila kita lihat jadual akan membuatkan kita cuba berusaha untuk ikut.
- Belajar secara berkumpulan : Cadangan belajar secara berkumpulan adalah maksimum 3 orang. Tidak perlu ramai – ramai. Hal ini boleh menyesongkan tujuan asal belajar. Belajar berkumpulan membolehkan kita berdiskusi sesama rakan-rakan serta membantu meningkatkan kefahaman jika ada di antara kita ada yang tidak faham
- Peta minda : Gunakan alat visual untuk menghubungkan idea, yang dapat meningkatkan kefahaman tentang topik yang begitu komleks. Keluarkan isi-isi yang penting dalam membina peta minda anda tersendiri. Cikgu tuition yakin anda boleh buat 😎
- Jaga kesihatan : Nutrisi yang cukup, tidur yang cukup sangat penting untuk pembelajaran yang efektif. Pastikan fizikal dan mental kita perlu dijaga.
- Cari bantuan jika diperlukan : Jika anda mengalami kesulitan dalam subjek tertentu, dapatkan bantuan dari guru, tutor atau rakan sekelas. Di cikgutuition.com ada menyediakan tutor sebagai kelas tambahan bagi memahami satu subjek
- Latih tubi atau ujian : Selepas habis satu-satu topik, pastikan anda uji diri anda. Jadikan ujian itu seperti exam, anda tidak boleh rujuk buku dan set kan masa. Dari sini anda boleh lihat tahap kefahaman dalam topik tersebut – adakah anda mengusai atau masih perlukan latihan
- Ambil istirehat : Berehat sebentar bersam kit-kat, cewahh. Apa yang nak disampaikan, pastikan anda rehat sekurang-kurangnya 5 min selepas 25 min belajar. Ini adalah Teknik Pomodoro yang dicadangkan
- Ajarkan kepada orang lain : Untuk lebih faham, kita perlu ajar kepada orang lain bagi meningkatkan kefahaman dalam topik tersebut. Ajarkan kepada rakan-rakan anda
Alright! Jadi ini adalah tips belajar yang anda boleh cuba. Setiap individu mempunyai perbezaan strategi. Jadi penting untuk bereksperimen dan tentukan cara mana yang lebih efektif. Semoga bermanfaat untuk tips belajar. Cikgu tuition doakan anda semua dipermudahkan segala urusan.